Dalam buku beliau _Islamic Scientific Tradition in History_ Professor Alparslan …

Sharing is caring

Dalam buku beliau _Islamic Scientific Tradition in History_ Professor Alparslan membahagikan 3 peringkat dlm pembinaan dan pembentukan disiplin2 ilmu Islam khususnya ilmu fiqh, ilmu kalam dan ilmu tasawwuf.

Beliau namakan sbg peringkat:
1. *The Stage of Worldview*
-Peringkat Pembentukan Pandangan Alam
2. *The Stage of Problems*
-Peringkat Mendepani Permasalahan
3. *The Disciplinary Stage* and the Rise of Islamic Scientific Tradition.
-Peringkat Pengukuhan (consolidation) Disiplin

Berdasarkan kpd skima atau kerangka Profesor Alparslan, tahapan Projek Ihya dan Tajdid Ilmu Kalam Abad ke 21 boleh disusun spt berikut:

_Worldview Stage_
*The Architectonics of Kalam* (Structure and Methodology)
Menghuraikan sistem, struktur, konsepsi, terminologi, pandangan alam, kaedah, metodologi, klasifikasi, evolusi dan transformasi Ilmu Kalam berdasarkan sejarah, epistemologi dan sosiologi perkembangan Ilmu Kalam dari awal sehingga kini.

_Problems Stage_
*The Dialogics of Kalam* (Aphorias and Dialectics)
Berpartisipasi atau melakukan ‘engagement’ dengan permasalahan, debat, konflik, perbedaan, persamaan, analisis, rekonsiliasi dan sintesis dgn tema2 dan isu2 utama ‘pros and cons’ yg sering dibangkitkan dlm Ilmu Kalam sama ada dari dalaman pemikiran umat dan tradisi Islam sendiri mahupun yg datang dari pemikiran dan ancaman luaran spt isme2 dsb.

_Disciplinary Stage_
*The Pragmatics of Kalam*
(Institutionalisation and Applications – Applied Kalam)
Melaksanakan intervensi dan aplikasi Ilmu Kalam diperingkat institusi misalnya:

1.Kalam for Public/Public Sphere bertujuan membangkitkan kesedaran keagamaan dan ketuhanan dlm masyarakat awam secara individu dan kolektif dgn memanfaatkan teknologi dan media terkini dlm pengukuhan Rukun Iman dan Keimanan mendepani serangan pemikiran sekularisme, liberalisme, skeptisme, pluralisme, pascamodenisme, atheisme dll.

2.Kalam for Strategic/Political Sphere bertujuan mewujudkan wasatiyyah, kestabilan dan keharmonian kehidupan sosio-politik dlm kehidupan beragama juga dikalangan masyarakat beragama “peaceful co-existence” dlm menghadapi cabaran globalisasi, kapitalisme, ekstremisme, radikalisme, literalisme juga liberalisme, hedonisme, materialisme dsb.

3.Kalam for analytic/academic sphere bertujuan memperkaya dan memperkasakan disiplin Ilmu Kalam diperingkat ilmiah tertinggi bagi menghadapi cabaran kontemporari juga berperanan sbg Sains atau Disipin Penyatu yg menjurus kearah Ketawhidan dgn sifat Ilmu Kalam sbg Tawhidic Science atau Sains Tawhid.



Source


Sharing is caring

Comments

comments