Bengkel Pertama Kalam Etika dan Hak Asasi Manusia

Sharing is caring

Sesi bermula dengan kehadiran para pembentang dan sarapan pagi. Seterusnya kata-kata aluan oleh Dr Amran Muhammad merangkap ketua bagi projek Ihya’ al-Kalam. Di dalam kata-kata aluan tersebut beliau menerangkan berkenaan kepentingan dan peranan ilmu kalam buat masyarakat Islam khususnya masa kini yang dilihat terdapat salah faham seterusnya usaha untuk meruntuhkan disiplin ilmu kalam.

 

Sesi Pertama

amilah2

Pembentangan oleh Dr Amilah Awang Abdul Rahman khusus berkenaan Kalam Etika. Beliau menyentuh tentang keperluan para sarjana untuk kembali memahami makna kalam sebagai satu tema besar yang dikemukakan oleh al-Quran. Selanjutnya beliau menyinggung faham Barat berkenaan etika dengan diberikan perbezaan kerangka etika diantara Islam dan Barat. Keistimewaan etika menurut beliau tertumpu kepada akhlak sebagai satu ciri personaliti umat Islam. Di akhir kalam, beliau menyatakan harapan sebagai sarjana untuk menjawab kembali gagasan etika yang difahami oleh Barat secara lebih terperinci.

 

 

 

 

Sesi Kedua
sitinurani1
Pembentangan oleh Dr Siti Nurani Mohd Nor khusus berkenaan Etika Barat.  Berikut adalah intipati perbahasan beliau:
1. Keperluan para sarjana Islam untuk menulis dan menerbitkan artikel khusus tentang faham etika. Ini berikutan kekurangan terbitan kajian oleh sarjana Islam khusus tentang tema etika Islam berbanding Barat.
2. Beliau menekankan tentang keutamaan kehormatan diri sebagai salah satu satu asas etika lapangan politik masa kini.
3. Isu-isu yang menyentuh tentang hak asasi manusia seperti seks bebas, diskriminasi, pendermaan sperma dan status embrio.
4. Akhir sekali, beliau menekan keperluan ISSI dalam membentuk kembali kerangka ilmu kalam khusus tentang etika dengan tumpuan kepada aspek perkembangan sejarah, metodologi dan teori asas Ilmu Kalam

 

 

 

Sesi Ketiga
Pembentangan oleh Dr Mohd Hamidi Ismail khusus terhadap makna ‘Baik ( good ) & Buruk ( evil )’ menurut Ahl al-Sunah wa al-Jamacah. Antara yang disentuh oleh beliau adalah peranan akal dan syarak dalam menilai perbuatan hamba. Bagi akal, amat memerlukan kepada 4 aspek dalam menilai baik buruk iaitu:hamidi1
– bi al-Zat
– bi al-Maqasid
– bi al-‘Ibarah
– bi al-Sifat

2. Menghuraikan maksud ‘perbuatan ( af’al ) Allah SWT’ sebagai respon kepada isu perbuatan manusia dengan tumpuan diberikan kepada huraian sejarah yang berlaku antara aliran al-Muktazilah dan al-Asha’irah. Rentetan daripada itu beliau dapat menyimpulkan tiga perkara khusus tentang penentuan baik buruk, iaitu:
– Sifat sempurna dan kekurangan.
– Capai tujuan atau tersasar.
– Timbangan ganjaran pahala (tumpuan ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah)

 

 

 

 

 

Sesi Keempat
Pembentangan oleh Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz khusus berkenaan ‘Malaysian Constitution’s Moral & Legal Philosophy. Pembentangan beliau dimulakan dengan definisi perlembagaan dengan ditinjau kepada aspek sejarah. Seterusnya menghuraikan sumber perlembagaan dengan tumpuan kepada sejarah perlembagaan Johor dan Terengganu. Antara kepentingan perlembagaan yang dihuraikan adalah peranannya terhadap penghapusan gejala korupsi. Beliau turut menyatakan tentang prinsip sebenar Malaysian Moral Society, iaitu:
1. Kebebasan agama tidak boleh sekiranya bertentangan dengan perlembagaan.
2. Kebebasan bersuara tidak dibenarkan sekiranya bertentangan dengan perlembagaan.
3. Kebebasan pertubuhan tidak boleh sekiranya bertentangan dengan perlembagaan.

etika2

Akhir kalam, beliau bertegas menyatakan bahawa asas hak asasi manusia di Malaysia adalah selari dengan Islam sekalipun tidak diletakkan nama atau jenama ‘Al-Quran dan Hadis’. Ini kerana tanggungjawab perlembagaan Malaysia adalah menjaga moral, sosial dan ekonomi.

 

Laporan ditulis oleh: Abdul Mukmin Bin Zulkifli       Selasa, 6 September 2016 (9.15-4.45)


Sharing is caring

Comments

comments