Bengkel Kajian dan Dialog Antara Agama (IRSYAD) Yang Pertama

Sharing is caring

Pada 10 Ogos, 2016 sekumpulan penyelidik dan penyarah dari beberapa universiti tempatan telah bersidang di pejabat ISSI-KRM di Putrajaya bagi menjayakan bengkel Kajian dan Dialog Antara Agama (IRSYAD) yang pertama.  Bengkel yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif ISSI, Dr. Amran Muhammad berlangsung dari pukul 10 pagi ke 1 petang.  IRSYAD yang dipimpin oleh Dr. Haslina Ibrahim, merupakan salah satu kelompok (cluster) dibawah senarai tema penyelidikan ISSI yang dipanggil Kalam Transdisciplinary Hub.

Para Penyelidik yang hadir adalah Dr. Noor Amali, Dr. Khadijah Khambali, Dr. Wan Adli, Br. Wan Haslan, Dr. Jaafary Awang, Dr. Rosmizi, Dr. Arfah, Dr. Nur Suriya, Br. Mohd Noh, Br. Mohd Faridh Hafiz dan Sister Nur Farhana Ghazali dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).  Para penyelidik telah bersetuju menghasilkan kertas-kerja dengan tajuk-tajuk yang mencakup persoalan tentang Kajian Antara Agama dan Dialog, termasuklah Asas Kajian Antara Agama Mengikut al-Qur’an, Ciri-ciri Mendasar Sirah dan Sunnah berkenaan tajuk ini, Hukum fiqah berkenaannya , alim-ulama Kalam dizaman silam, metode Kalam serta pengetahuan tentang agama-agama lain.

Gerakerja kluster IRSYAD akan berpandu pada dua jenis orientasi,  yakni yang bersifat lebih akademic serta yang lebih  bersifat umum dan melibatkan pihak media dan masyarakat.  Antara penglibatan media ialah melalui kenyataan media dan tindakbalas secara panggilan telefon berkenaan isu-isu semasa, penggambaran kapsul untuk tayangan televisyen, dan membina komunikasi dengan JAKIM melalui program perkongsian hasil penyelidikan.  Sebelum bersurai, ahli-ahli IRSYAD bersetuju untuk mengadakan bengkel seterusnya pada bulan Oktober 2016 (dipinda ke November) dimana hasil penulisan awal akan dibincang sebagai persediaan awal.  Kertas-kertas kerja ini akan di bukukan sebagai sebuah monograf bersiri yang berjudul ISSI Kalam Thematic Series dan dilancarkan pada pelancaran Simposium Kalam Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIKS 2017) pada bulan Mac tahun hadapan.  Pengerusi bengkel, Dr.Amran Muhammad turut mengumumkan bahawa surat lantikan sebagai Felo Penyelidik akan diserahkan kepada setiap ahli penyelidik yang hadir.

 

irsyad sept 2016 2irsyad sept 2016 3irsyad sept 2016 4


Sharing is caring

Comments

comments